menu
close
Blogarrow

Masih ada harapan ke nak ceburi...

26 June 2023

Masih ada harapan ke nak ceburi bidang web design atau web development ni?

Motivation

Irsyad Ilham

Author

Irsyad Ilham

Masih ada harapan ke nak ceburi bidang web design atau web development ni?

Ada tak korang yang dalam situasi macam ni

Sempat lagi ke nak belajar web development atau design?. umur dah lanjut

Nak belajar nak kene masuk universiti ke?

Belajar bidang lain, boleh ke nak belajar web design atau development?

jawapan dia of course boleh

Hai assalamualaikum saya Irsyad Ilham, seorang web designer dan juga full stack developer. So dalam penulisan kali ni saya nak share journey saya macam mana saya boleh terjebak dengan web design dan development. Macam mana saya belajar sendiri tanpa enroll mana-mana universiti atau kolej atau mana-mana courses.

Pada anda yang dulu study bidang yang tiada kaitan, jom saya kongsikan sedikit cerita berkenaan dengan latar belakang pendidikan saya. Saya sekolah dulu budak vokasional je, ambil bidang penyejukan dan penyamanan udara, budak aircond. Lepas tu saya habis sekolah dapat offer masuk uitm buat diploma pengurusan pelancongan. Kemudian habis diploma saya sambung degree dalam bidang pengurusan perhotelan.

Ha tulah dia latar belakang pendidikan saya. Memang tak ada kaitan langsung dengan design atau programming. jadi macam mana saya boleh belajar web design dan web development sendiri?

Ok first jom saya kongsikan macam mana saya belajar grafik design dulu. So cerita dia bermula semasa saya buat diploma dulu. Saya ni memang suka seni, memang suka art. Tapi tak pandai melukis dan memang tak kreatif juga. So nak di jadikan cerita masa saya buat diploma dulu saya di tempatkan di kolej yang ramai budak-budak art design dan secara tak langsung majoriti kawan-kawan saya budak art design. Ada budak photography, graphic design dan fine art.

So di sebabkan minat saya terhadap art ni. Lebih spesifik graphic design lah sebenarnya. Jadi setiap kali kawan saya balik dari kelas dan dorang akan dapat assignment, standard lah belajar kat universiti lecturer akan bagi assignment. Jadi saya suka tengok dorang ni buat keje dorang, saya akan tengok dengan teliti apa benda yang dorang buat. Macam mana dorang guna software designing ni, macam Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.

Jadi saya juga ambil kesempatan untuk belajar sekali dengan dorang berkenaan dengan grafik design. Cerita ni berlarutan dari semester pertama sehingga semester ke lima. Setiap kali dorang balik kelas saya akan tengok setiap inci kerja-kerja dorang dan lepas tu saya terus praktikkan apa yang saya belajar.

Lepas tu saya sambung degree, masa degree ni saya dah tak duduk sekali dengan kawan-kawan art design saya. Saya duduk dengan kawan satu bidang dengan saya iaitu hotel sebab nak mudah belajar. Sebabnya dulu masa buat diploma keputusan saya memang lepas-lepas hidung je nak sambung degree ni hahaha. So time degree ambil keputusan untuk sungguh-sungguh belajar. Masa degree tak ada cerita pasal saya belajar design mahupun web development. So kita skip cerita degree ni

Lepas habis degree, niat saya sebenarnya nak bekerja dalam event industry. Sebab zaman degree dulu saya banyak join dan organize event. Long story short saya di kenalkan dengan seorang businessman, niatnya untuk bekerja manage event. Tetapi sebaliknya yang jadi, iaitu dia minta untuk saya jadi businessman macam dia jugak. So secara tidak langsung saya terus jump dalam entrepreneurship dengan guidance dari dia. Tetapi tak lama saya bersama dengannya, hanya setahun lebih je. Kemudian saya join dengan kawan saya bersama membangunkan bisnes.

Di sinilah bermula episode struggling hustling dalam berbisnes. Dalam company role saya adalah dalam kerja-kerja teknikal, especially dalam design asset-asset company macam poster, banner, bunting dan macam-macam lagi. So tulah dia cerita career saya. Memang tak ada langsung kaitan dan web development dan web design to be specific, just buat kerja-kerja as a graphic designer je. Sekarang saya nak kongsikan cerita macam mana saya termasuk dalam web design dan web development.

Dalam run bisnes tu, kami ada masalah yang mana kami memerlukan website, to be specific kami perlukan web application. Kami pulak masa tu tengah sengkek gila-gila. Memang duit sangat-sangat tipis makan pun tak cukup, makan bercatu, sewa pejabat tertunggak, nak tuang minyak kereta pun berkira-kira. Di pendekkan cerita masa tu kawan saya ada kenalan yang buat servis bina website. So kami pun nyatakan hasrat dan keperluan kami lah, website yang macam mana kami perlukan. So dia pun quote kami, katanya ni harga kawan-kawan yang berjumlah hanya RM800 je. Masa tu kami memang terkedu dengar harga tu, mana nak cekau duit masa tu. Sebenarnya nilai tu sangat murah ye kalau nak ikut harga market.

So kami pun cari lah jalan lain dan nak di jadikan cerita kawan saya teringat yang dia ada kawan yang dulu time study dia ada belajar buat website ni. So kami pun jumpa dengan dia nyatakan hasrat dan terus bagi tahu yang kami memang ada kekangan bajet. So dia hanya guide kami je macam mana nak bina website menggunakan platform WordPress. Dia tak ambil untung langsung pun, bagi guidance atas tiket kawan. So alhamdulillah kami dah ada website kami yang pertama.

Malangnya tak lama kami menggunakan website tu sebab kami sebenarnya memerlukan lebih dari itu. Masa tu website kami tu tak boleh bagi apa yang kami nak. Kami memang memerlukan web application sebenarnya, bukan hanya sekadar website biasa. So kami jadi buntu lagi sekali. Masa ni lah saya angkat tangan dan offer diri untuk belajar sendiri bina web application. Kene belajar design website dan programming language seperti HTML, CSS, PHP, MySQL dan Javascript. Dengan dana yang sangat-sangat sedikit dan tak boleh nak beli masa. Andai berlarutan memang kami akan bungkus, gulung tikar.

Memang tak masuk akal sebenarnya untuk orang yang zero knowledge dalam programming untuk siapkan app dalam tempoh 2 bulan. Ni memang kerja gila. Sepanjang berbisnes, kawan saya selalu tunjukkan pada masa satu quote “You never know how strong you are until being strong is the only choice you have”, anda tidak akan tahu betapa kuatnya anda sehingga jadi kuat je pilihan yang anda ada. So saya paksa diri saya untuk belajar 5 benda(HTML, CSS, PHP, MySQL dan Javascript) ni serentak. Masa ni jadual saya bangun pagi solat subuh, lepas tu belajar coding tanpa henti sampai 2 hingga 3 pagi. Saya hanya berhenti menjamah makanan dan solat. Macam tu la rutin harian saya, tiada hari cuti.

Masa ni tido pun mimpi coding, makan pun teringat-ingat coding. Terngiang-ngiang code dalam kepala. Dalam tempoh 2 bulan, dengan penuh dedikasi dan kerja keras saya dapat hasilkan sebuah web application yang kami perlukan. Fuhhh, memang gila lah. Betul lah kata quote tu “You never know how strong you are until being strong is the only choice you have”. Andai jadi kuat je pilihan yang anda ada, anda akan lihat potensi anda yang sebenar yang anda tidak terjangkau di fikiran. Anda tidak ada pilihan, anda hanya ada 1 pilihan je. Change or die.

Sejak saat ini juga lah saya belajar web design atau ui/ux design to be specific. Saya jugak explore lebih mendalam berkenaan dengan web development. Apa tu MVC. Modern Javascript framework, CSS framework, backend development dan mobile application development. Dari semasa ke semasa saya terus improve design skills dan development skills.

Kepada anda yang merasakan dah terlambat atau belajar di luar bidang, mahupun bekerja di luar bidang. Anda masih ada peluang dan masih belum terlambat. Anda hanya perlu mula. Jangan tunggu betul-betul bersedia sebab anda tidak akan pernah betul-betul bersedia, go on je.

Ok guys harap penulisan ni dapat membantu dan dapat beri sedikit harapan yang anda masih ada peluang.

irsyad ilham

Contact Me

Let’s work together, I’m also open for a collaboration. Feel free to contact me

Email me: me@irsyadilham.com or DM me on Facebook

Lets connect

Irsyad Ilham . 2023